Banjir landa M’sia, ribuan dipindah

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Perkhidmatan kecemasan di Malaysia telah mengerahkan bot-bot dan trak hari ini ketika ribuan penduduk kampung terkandas selama empat hari akibat hujan lebat yang menyebabkan banjir di negeri-negeri pantai timur, kata para pegawai.

Banjir di negeri Terengganu dan Kelantan telah memaksa pihak berkuasa untuk menutup berpuluh-puluh buah sekolah dan jalan raya menuju ke kampung tersebut juga tidak dapat dilalui.

Kawasan pantai timur sering mengalami ribut tropika dan hujan lebat semasa musim monsun.

Sejak dua hari kebelakangan ini, di Terengganu yang kaya minyak itu, lebih ribuan orang telah dipindahkan dari rumah mereka, dan para pegawai penyelamat meramalkan bilangannya akan bertambah.

Ketua pasukan jabatan awam di Terengganu, Che Adam Abdul Rahman, memberitahu AFP bahawa sekitar 700 pegawai penyelamat telah dikerahkan ke negeri itu untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

Orang ramai meredah air banjir melintasi sebuah kedai di Rantau Panjang, Kelantan, kelmarin. - AFP
Orang ramai meredah air banjir melintasi sebuah kedai di Rantau Panjang, Kelantan, kelmarin. – AFP

Banyak jalan-jalan luar bandar tidak dapat dilalui, ujarnya.

“Kami kini mengerahkan bot-bot dan trak untuk memindahkan penduduk ke pusat bantuan, dengan hujan yang berlarutan kami menjangkakan bilangan orang yang dipindahkan akibat banjir akan meningkat,” kata Che Adam.

Di negeri Kelantan, yang pernah mengalami banjir dan kemusnahan besar rumah dan infrastruktur awam pada Disember 2014, telah memindahkan sekitar 4,906 orang yang terjejas akibat banjir.

Ketua pasukan jabatan awam kerajaan Kelantan, Zainuddin Hussin berkata kira-kira 1,300 kakitangan bersama 30 bot dan 23 kenderaan terlibat dalam kegiatan menyelamat itu. – AFP