Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir lebat landa sebahagian bandar Sudan

    KAHERAH, 13 OGOS – Aktivis Sudan berkata banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat telah membanjiri ratusan buah rumah di pinggir bandar Khartoum.

    Persatuan Profesional Sudan (SPA) berkata hari ini yang hujan pada hujung minggu telah menyebabkan banjir yang memusnahkan lebih 1,300 buah rumah di selatan pinggir bandar, tempat sungai White dan Blue Nile bertemu.

    SPA berkata banjir boleh membawa kepada penyakit epidemik dan kekurangan perkhidmatan sanitasi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda