Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: Lebih 250,000 isi rumah terjejas di selatan Thailand

    BANGKOK, 22 DIS – Lebih 250,000 isi rumah masih terjejas akibat banjir seta-kat hari ini meskipun hujan berkurangan di selatan Thailand. 

    Menurut kenyataan Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM)  terdapat tujuh kematian dilaporkan termasuk empat di Narathiwat.

    “Setakat Khamis, sejumlah 250,175 isi rumah di 86 daerah di sembilan wilayah iaitu Surat Thai, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat masih dilanda banjir,” memetik kenyataan itu.  

    Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan berkurangan di selatan Thailand mulai hari ini.

    “Monsun timur laut sederhana yang berlaku di Teluk Thailand menyebabkan hujan berkurangan di selatan mulai hari ini dan esok,” menurut jabatan itu. 

    Sementara itu, State Railway Thailand (SRT) mengumumkan bahawa 16 perkhidmatan kereta api dibatalkan mulai Rabu hingga Sabtu susulan banjir yang melanda wilayah selatan itu.

    Sebanyak 10 perkhidmatan kereta api di selatan Thailand mengalami perubahan termasuk  perkhidmatan dari Bangkok ke Sungai Kolok.

    Berdasarkan kenyataan SRT di Facebook, paras air sudah surut namun kerja-kerja pembaikan landasan akan mengambil masa. – Bernama

    Penduduk kampung mendayung bot di jalan raya yang dibanjiri di sebuah kampung di Pattani, selatan Thailand, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda