Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: Lebih 5,000 penduduk Brazil hilang tempat tinggal

    MEXICO CITY, 27 FEB – Lebih 11,200 penduduk Brazil terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat banjir teruk yang melanda negeri Acre di barat laut negara itu, menurut portal berita Brazil G1 pada Isnin, lapor Sputnik.

    Banjir itu juga menyebabkan sekurang-kurangnya 5,578 daripada penduduk terjejas banjir hilang tempat tinggal.

    Pihak berkuasa tempatan pada Ahad mengisytiharkan darurat di negeri itu dengan bandar Jordao paling teruk terjejas apabila 80 peratus daripada kawasan berkenaan ditenggelami air.

    Sebanyak 13 daerah di Rio Branco, ibu negeri Acre terjejas banjir dengan air naik setinggi dua meter. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda