Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir M’sia: Kerabat diraja Saudi bersimpati

    RIYADH, 27 DIS – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kejadian banjir yang telah melanda beberapa buah negeri di Malaysia dan mengakibatkan kematian dan kecederaan.

    Menurut kenyataan Baginda yang disiarkan oleh Agensi Berita Arab Saudi (SPA) baru-baru ini, Baginda menerima khabar berita mengenai banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia yang telah menyebabkan kematian, kecederaan dan kerosakan.

    “Kami ucapkan takziah dan simpati pada Malaysia dan keluarga mangsa banjir yang terlibat. Dan Kami berdoa kepada Allah SWT agar mencucuri rahmat kepada mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia, dan memohon kesembuhan bagi semua yang tercedera,” katanya.

    Sementara itu, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz, Putera Mahkota, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, juga menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada Ismail Sabri Yaakob, kesemua keluarga mangsa banjir yang maut, mereka yang cedera dan rakyat Malaysia amnya kerana malapetaka itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda