Tuesday, November 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: Penduduk terjejas terima bantuan catuan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT– Kejadian hujan lebat beberapa hari kebelakangan ini, telah menyebabkan kawasan-kawasan rendah di Kampung Benutan, Daerah Tutong mengalami banjir.

    Sehubungan itu, penduduk Kampung Benutan yang terjejas oleh bencana banjir, telah menerima bantuan catuan makanan daripada pihak berkenaan dengan penghantaran catuan dilaksanakan oleh seramai 12 orang ahli Penyelaras Kesiapsiagaan Bencana (DPC) dari keempat-empat daerah.

    Program bantuan itu dikendalikan bersama oleh Jabatan Daerah Tutong, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan bantuan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

    Penghantaran catuan makanan itu adalah bagi seramai 44 orang ahli keluarga di Kampung Benutan yang terjejas di mana turut hadir semasa penghantaran berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong serta pegawai-pegawai NDMC dan JAPEM.

    Menurut seorang ahli DPC, Haji Mustapa bin Haji Masri, program bantuan itu adalah sangat signifikan bagi mereka kerana ia melibatkan ahli-ahli DPC dari keempat-empat daerah di mana ia merupakan salah satu tugas yang harus dilaksanakan oleh ahli-ahli DPC sebagai tanggungjawab sosial korporat untuk menyantuni masyarakat kampung yang memerlukan.

    Beliau menambah, ahli-ahli DPC sentiasa bersedia memberikan khidmat dan bantuan kepada lapisan masyarakat demi kesejahteraan dan keharmonian bersama.

    ATAS & BAWAH: Ahli-ahli DPC dari keempat-empat daerah yang sama-sama melaksanakan penghantaran catuan makanan kepada penduduk Kampung Benutan yang terjejas oleh kejadian banjir sejak beberapa hari kebelakangan. – Gambar serahan DPC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda