GUWAHATI, India, 12 JULAI – Banjir akibat hujan monsun di negeri timur laut India Assam telah mengorbankan tiga orang dan menyebabkan lebih 400,000 terkandas, kata pegawai semalam.
“Seramai tiga orang termasuk dua dalam kejadian berkaitan banjir dan seorang dalam runtuhan tanah telah terbunuh di Assam setakat ini,” kata pegawai Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri Assam (ASDMA).
Lebih daripada 250 kampung telah dibanjiri dalam tempoh 24 jam lalu, dengan 16,370 hektar sawah padi ditenggelami, kata pegawai kanan.
Kerajaan telah mengarah anggota Respons Bencana Nasional (NDRF) dan Pasukan Respons Bencana Negeri (SDRF) memberikan bantuan untuk menyelamat mereka yang terkandas.
Monsun tahunan, yang melanda benua kecil itu pada masa ini, menimbulkan masalah lalu lintas pada minggu lalu di Mumbai apabila jalan raya, landasan kereta api dan landasan kapal terbang dibanjiri. – AFP
