RIO DE JANEIRO, 24 FEB – Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat yang melanda Sao Paulo, Brazil, pada hujung minggu, menurut pegawai semalam.
Sebanyak 49 kematian dilaporkan di Sao Sebastiao manakala seorang lagi maut di bandar Ubatuba, lapor agensi akhbar Jerman (dpa).
Daripada jumlah korban itu, seramai 38 mangsa sudah dikenal pasti, 13 terdiri lelaki, 12 wanita dan 13 kanak-kanak.
Sementara itu, berpuluh-puluh lagi mangsa masih hilang dan kira-kira 1,800 penduduk hilang tempat tinggal. – Bernama