KARACHI, 30 JULAI – Hujan monsun lebat melanda bandar pelabuhan selatan Karachi, Pakistan mengakibatkan banjir dan membunuh enam orang dan menutup sekolah-sekolah hari ini.
Jurucakap di Hospital Jinnah, Dr Seemi Jamali mengatakan kematian adalah akibat terkena renjatan elektrik memandangkan kabel elektrik ditenggelami air.
Hujan lebat yang bermula Isnin dan berterusan sehingga ke hari ini membanjiri kebanyakan jalan dan menyumbat pembetung di Karachi. – AP