SYDNEY, 27 FEB – Banjir di pantai timur Australia meragut satu lagi nyawa semalam, menjadikan jumlah korban akibat cuaca buruk kepada enam orang ketika ‘bom hujan’ terus bergerak ke selatan, hari ini.
Polis di wilayah Queensland berkata lelaki berusia 34 tahun terkorban selepas kereta mangsa tenggelam dalam air banjir sekitar 2:30 pagi, hari ini.
Meskipun lelaki berkenaan berjaya keluar daripada keretanya dan cuba berenang ke kasawan selamat, usaha mangsa gagal dan mayatnya ditemui tidak lama kemudian.
Hujan lebat melanda timur Australia sejak lebih seminggu lalu, mengakibatkan banjir terburuk sejak tempoh berdekad-dekad, merosakkan kediaman dan jalan raya serta menghanyutkan kenderaan.
Adrian Schrinner, datuk bantar ibu kota wilayah Queensland, Brisbane, menyifatkan cuaca buruk itu ‘bom hujan’ di tenggara Queensland.
Perdana Menteri Wilayah, Annastacia Palaszczuk meminta orang rama yang tinggal di Brisbane untuk terus berada di rumah ketika hujan bergerak ke selatan pada hari ini menuju kawasan kediaman utama.
Dengan intensiti hujan yang dijangka berterusan sehingga minggu hadapan, lebih 1,400 kediaman di Brisbane berisiko mengalami banjir, katanya. – AFP
