Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: Ribuan dipindah di barat Myanmar

    YANGON, 8 OGOS – Beribu-ribu orang telah dipindahkan berikutan hujan lebat berterusan telah mengakibatkan kejadian banjir di beberapa perbandaran di wilayah Rakhine, barat Myanmar, menurut Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar.

    Hujan lebat atau sungai melimpah di banyak bahagian Myanmar sejak beberapa hari
    lalu telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh, memaksa penduduk berpindah, menurut laporan-laporan media tempatan.

    Di perbandaran Mrauk U, Negeri Rakhine, kira-kira 1,209 orang telah dipindahkan ke tempat selamat seperti biara dan rumah saudara mara akibat hujan lebat antara 1 dan 7 Ogos, kata jabatan itu kelmarin. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda