Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Banjir, runtuhan tanah ragut 8 nyawa di Ivory Coast

    ABIDJAN, 16 JUN – Banjir dan runtuhan tanah telah mengorbankan lapan orang di Abidjan, bandar terbesar di Ivory Coast, selepas hujan lebat, menurut laporan terkini yang diterbitkan oleh perkhidmatan bomba kelmarin.

    Jalan raya terputus ketika hujan turun pada petang Khamis di kebanyakan kawasan di bandar dengan enam juta penduduk.

    Dalam kenyataan terbaharu bomba, 18 orang telah dipindahkan ke hospital.

    Hujan lebat yang turun dari petang Khamis hingga pagi Sabtu adalah empat kali lebih lebat daripada biasa.

    Kira-kira satu perempat daripada kerpasan yang dijangka sepanjang musim hujan Mei hingga Julai atau 214 milimeter, turun dalam masa 24 jam, kata perkhidmatan meteorologi negara Sodexam.

    Tahun lalu, sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam banjir dan kejadian lain yang dikaitkan dengan hujan lebat di negara Afrika Barat itu. – AFP

    Umat Islam sembahyang menghadap masjid dalam hujan lebat semasa sambutan perayaan Aidiladha di daerah Adjame Abidjan, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...