KUCHING, 19 JAN – Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Millenia, Debak kira-kira 270 kilometer (km) dari bandar raya Kuching bagi menempatkan mangsa banjir.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS yang dibuka pada 1:30 pagi tadi itu menempatkan 30 orang daripada enam keluarga.
Mereka merupakan penduduk dari Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu.
Situasi banjir berlaku susulan hujan berterusan sejak semalam. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/01/P8-2A-WEB-FREEPIK_20012024.jpg)