Friday, April 18, 2025
24.4 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Banjir: SEB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi

SIBU, 21 MAC – Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di Kanowit, Song dan Kapit susulan banjir.

SEB dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terjejas di Kanowit ialah Rumah Pam Rawatan Air Kanowit, sebahagian Nanga Poi, Rumah Nyalong dan Sungai Baloh.

Di Song membabitkan antaranya Sungai Embuau, Sungai Manap, Sungai Song, Lubok Engkabang, Sungai Selibut, Nanga Kebiaw, Sungai Lijau, Temalat dan Kampung
Rian.

“Di Kapit, gangguan bekalan elektrik menjejaskan Sungai Sibau Ulu, Nanga Tulie, Nanga Baleh, Pulau Pisang dan Kampung Muhibbah Bleteh.

“Bekalan elektrik akan dipulihkan setelah banjir surut. Bagi mengelak potensi bahaya elektrik seperti kebakaran atau kejutan elektrik, stesen-stesen janakuasa di kawasan yang dilanda banjir perlu diperiksa dan dikendalikan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

SEB menghargai kerjasama pengguna atas kesabaran mereka menghadapi situasi sukar ini. – Bernama

Beberapa kawasan di Kanowit, Song dan Kapit turut terjejas dengan banjir, menyebabkan jalan perhubungan terputus. – Bernama
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda