Wednesday, February 12, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: Sekolah ditutup di India

    NEW DELHI, 10 JULAI – Sekolah-sekolah di New Delhi ditutup hari ini selepas hujan monsun lebat melanda ibu negara India dan menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat di utara negara itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang sejak tiga hari lalu.

    Hujan lebat pada hujung minggu menyebabkan bahagian New Delhi melimpah dengan air yang menenggelamkan jalan raya dan menyebabkan penduduk terkandas.

    Agensi cuaca India telah meramalkan lebih banyak hujan lebat di utara dalam beberapa hari akan datang. Ia berkata hujan monsun di seluruh negara telah membawa kira-kira 2 peratus lebih banyak hujan daripada biasa. – AP

    Air Sungai Beas melimpah selepas hujan lebat di Kullu, Himachal Pradesh, India pada 9 Julai 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda