Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Banjir selatan Thai ragut 5 nyawa

    PATTANI, 30 Nov – Banjir besar yang menjejaskan selatan Thailand telah mengorbankan lima orang minggu ini, menurut pihak berkuasa hari ini selepas beberapa gambar di mana jalan-jalan raya dipenuhi air dan juga rosak tersebar di media sosial.

    Wilayah yang paling teruk terjejas adalah jauh di selatan bersempadan dengan Malaysia, tempat di mana adanya pemberontak pelampau Islam bertempur dengan kerajaan pusat.

    Keadaan banjir yang disebabkan oleh turun hujan monsun tahunan itu telah menyebabkan pendudukan terpaksa menggunakan bot-bot kecil sebagai pengangkutan di Wilayah Pattani, menurut seorang jurugambar AFP di kawasan itu. Kesemua mangsa mati lemas, menurut seorang pegawai dari pengurusan bencana kepada AFP.

    Berdekatan dengan Wilayah Songhkla, sebuah jalan raya rosak di bawah sebuah kereta, membentuk sebuah gaung dengan kereta itu terjerat di dalamnya, namun pemandu kereta itu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

    Lebih daripada 380,000 penduduk daripada lapan wilayah selatan telah terjejas dengan kenaikan paras air di selatan Thailand itu, tetapi tidak ada rancangan pemindahan rasmi telah diumumkan.

    Asia Tenggara kerap terjejas dengan hujan bermusim. Pada bulan Oktober, Vietnam bergelut menangani isu banjir sehingga menyebabkan angka korban mencecah 70 orang. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini