Sunday, July 7, 2024
22 C
Brunei

    -

    Banjir: Sembilan maut, jutaan terjejas

    GUWAHATI, 4 JULAI – Hujan lebat dan sungai melimpah di timur laut India dan negara jiran, Bangladesh, telah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, menurut pegawai bencana hari ini, dengan lebih daripada tiga juta penduduk terjejas.

    Setiap tahun, hujan monsun menyebabkan kemusnahan meluas, namun pakar berkata perubahan iklim telah mengubah corak cuaca dan meningkatkan bilangan kejadian ekstrem.

    Pihak berkuasa bencana di negeri Assam, timur laut India, melaporkan bahawa lapan orang telah meninggal dunia dalam tempoh sehari, menjadikan jumlah kematian akibat hujan lebat sejak pertengahan Mei kepada 46 orang.

    Lebih daripada 2,800 buah kampung di negeri itu telah ditenggelami air, menjejaskan lebih daripada 1.6 juta orang.

    Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma, berkata situasi semasa di negeri itu disebabkan oleh hujan di negeri Arunachal Pradesh yang terletak di hulu India.

    Para penduduk mengharungi banjir di Fenchuganj di Sylhet kelmarin. – AFP

    “Tiada campur tangan manusia yang boleh menghentikannya,” katanya.

    Di Bangladesh, yang terletak di dataran rendah dan berada di hilir India, agensi pengurusan bencana menyatakan bahawa banjir telah menyebabkan 1.8 juta penduduk terjejas.

    Agensi itu memberi amaran bahawa paras air akan meningkat dalam tempoh tiga hari akan datang.

    Seorang lelaki berusia 21 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah dihanyutkan oleh air deras ketika sedang memancing. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...