MANILA, 2 FEB – Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat telah mengorbankan enam orang di Filipina, manakala seorang lagi hilang, kata penyelamat kelmarin. Hujan mula melanda Mindanao, pulau kedua terbesar di negara itu, hujung minggu lalu, mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang menurut pegawai menyebabkan ribuan orang melarikan diri ke pusat perlindungan

