VIENTIANE, 15 OGOS – Laos terjejas teruk akibat kejadian banjir dan tanah runtuh sehingga memusnahkan ladang, kediaman dan harta benda, serta menjejaskan beribu-ribu rakyatnya.
Hujan lebat menyebabkan banjir di beberapa wilayah manakala jalan raya di beberapa tempat rosak akibat tanah runtuh, lapor Xinhua.
Dua orang maut dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Bolikhamxay pada 4 Ogos, manakala mayat seorang warga Vietnam ditemui tertimbus di wilayah Khammuan pada Isnin, menurut Laophattana Daily News, kelmarin.
Hujan dijangka berlanjutan di seluruh negara, menyebabkan paras air sungai terus meningkat dan melimpah, menurut Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli Laos. – Bernama