Saturday, February 1, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir Telupid luar biasa

    TELUPID, 31 JAN – Penduduk menyifatkan banjir yang melanda enam kampung di Mukim Nangoh sebagai luar biasa berikutan air naik dengan begitu cepat, meskipun hujan tidak begitu lebat.

    Keadaan itu menyebabkan kebanyakan penduduk kampung tidak sempat menyelamatkan barangan mereka dan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dengan segera.

    Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ganah Jati, Rudi Addy, 39, berkata keadaan banjir tahun ini disifatkan sebagai ‘dahsyat’ kerana air naik begitu deras dan 85 peratus rumah di kampung tersebut dinaiki air.

    “Rata-rata penduduk terjejas pendapatan mereka kerana tidak dapat memungut hasil sawit akibat banjir.

    “Kami semua bukan orang kaya, jadi apabila banjir ini berlaku, pendapatan kami turut terjejas,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan bahawa jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 5,617 orang daripada 1,899 keluarga setakat 8 pagi tadi, dengan 39 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

    Di Telupid, 413 mangsa daripada 110 keluarga dipindahkan ke lima PPS.

    Sementara itu, Pemaju Mukim Nangoh, Silvester Amat, 40, berkata banjir pada tahun ini teruk berbanding banjir besar pada tahun 2022, malah lebih ramai penduduk terjejas. – Bernama

    Jalan raya Nangoh-Paitan-Kanibongan di Kampung Ganah Jati turut ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan akibat limpahan air dari Sungai Labuk, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda