Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir tenggelami pagoda Myanmar

    YANGON, 24 Julai – Air banjir yang semakin meningkat telah menenggelamkan pagoda Buddha di tengah Myanmar dan mengakibatkan ribuan penduduk meninggalkan rumah mereka, ketika kerajaan memberi amaran hujan lebat akan berlaku lagi.

    Rakaman dramatik yang tular dalam media sosial menunjukkan pagoda tepi sungai ditenggelami banjir di rantau Magway, dengan saksi yang tergamam menyaksikan puncak menara emasnya tumbang dilanda ombak.

    Sami Pyinnya Linkara, yang merakamkan insiden berkenaan berkata pagoda itu musnah pada Khamis minggu lalu.

    “Pagoda ini dibina pada tahun 2009, apabila ia jauh dari sungai,” ujarnya kepada AFP melalui telefon hari ini.

    “Dari setahun ke setahun, sungai itu telah menghakis tanah dan kini pagoda itu telah jatuh ke sungai.

    Kira-kira dua orang maut manakala lebih 90,000 orang telah dipindahkan disebabkan banjir di seluruh tengah dan selatan Myanmar bulan ini, menurut kerajaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda