Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir teruk dorong Liberia cadang pemindahan ibu kota

    MONROVIA, 22 JULAI – Banjir teruk di Liberia telah menyebabkan sekumpulan senator mencadangkan pemindahan ibu kota itu jauh dari Monrovia yang terlalu sesak dan diurus dengan buruk, satu cadangan yang disambut bercampur-baur dengan semangat dan keraguan di negara Afrika Barat itu.

    Banjir-banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat antara akhir Jun dan awal Julai menyebabkan hampir 50,000 orang rakyat Liberia memerlukan bantuan segera, kata agensi pengurusan bencana negara itu.

    Ibu kota yang mudah dilanda banjir itu terjejas teruk, sebahagiannya disebabkan oleh lebihan penduduk, sistem kumbahan yang lemah, dan kekurangan peraturan bangunan.

    Bertemu untuk membincangkan masalah banjir yang berterusan, jawatankuasa bersama senat pada awal Julai mencadangkan penubuhan bandar baharu untuk menggantikan Monrovia.

    “Ia adalah idea yang baik kerana ibu kota kita sekarang dalam keadaan huru-hara,” kata Chris Kpewudu, seorang pemandu motosikal muda di ibu kota.

    “Terdapat sampah di seluruh bandar dan apabila hujan, terdapat banjir di mana-mana, tetapi dengan bandar baharu, ia akan disusun dengan baik dan ibu kota kita mungkin kelihatan seperti, atau lebih daripada Abuja,” tambahnya.

    Abuja, Nigeria adalah salah satu daripada segelintir ibu kota yang dirancang di benua Afrika. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda