Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Banjir Turkiye ragut 14 nyawa

ANKARA, 15 MAC – Banjir akibat hujan lebat melanda dua wilayah Turkiye yang musnah akibat gempa bumi dahsyat bulan lepas, mengorbankan kira-kira 14 orang dan meningkatkan kesengsaraan bagi beribu-ribu yang kehilangan tempat tinggal, kata pegawai hari ini.

Pasukan penyelamat masih mencari lima orang yang dilaporkan hilang di tiga lokasi, kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu.

Soylu berkata 12 orang terbunuh akibat banjir di wilayah tenggara Sanliurfa manakala dua lagi maut di wilayah Adiyaman yang berjiran.

Di Adıyaman, mangsa lemas selepas air berombak menghanyutkan sebuah rumah kontena yang melindungi keluarga mangsa gempa bumi, lapor televisyen HaberTurk.

Mangsa di Sanliurfa termasuk lima warga Syria yang mayatnya ditemui di dalam apartmen bawah tanah yang ditenggelami air dan dua lagi maut di dalam sebuah van yang terperangkap di laluan bawah tanah.

Gempa bumi berukuran 7.8 skala Richter melanda sebahagian Turkiye dan Syria pada 6 Februari, mengorbankan lebih 52,000 serta mengakibatkan lebih 200,000 bangunan di Turkiye sama ada runtuh atau rosak teruk.

Gempa bumi kuat melanda bahagian Turkiye dan Syria pada 6 Februari, mengorbankan lebih 52,000 orang majoriti besar di Turkiye. Lebih 200,000 bangunan sama ada runtuh atau rosak teruk. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -