Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Banjir: UNICEF rayu bantuan, 10 lagi maut

    ISLAMABAD, 21 SEPT – Banjir dahsyat yang menjejaskan teruk wilayah Pakistan telah mengorbankan 10 nyawa lagi baru-baru ini, termasuk empat kanak-kanak, kata pegawai hari ini ketika agensi kanak-kanak PBB memperbaharui rayuan bantuan berjumlah AS$39 juta untuk membantu mangsa banjir yang mudah terdedah kepada bahaya.

    Hanya satu pertiga daripada jumlah rayuan pembiayaan telah dipenuhi setakat ini, kata UNICEF dalam satu kenyataan.

    Doktor-doktor dan kakitangan perubatan Pakistan bergelut untuk membendung wabak penyakit bawaan air, malaria, dan demam denggi dalam kalangan ratusan ribu mangsa yang terselamat yang kini tinggal di khemah di wilayah selatan Sindh.

    Hujan monsun dan banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang kebanyakan pakar mengaitkannya dengan perubahan iklim, telah menjejaskan 33 juta orang dan membunuh 1,569 orang di seluruh negara sejak pertengahan Jun.

    Daripada jumlah itu, 701 orang – termasuk 293 kanak-kanak dan 131 wanita – telah meninggal dunia di Sindh, di mana banyak kawasan kekal tenggelam.

    Mangsa banjir berlindung di bawah bayang katil semasa mereka berteduh di tepi jalan di Jaffarabad, wilayah Baluchistan, Pakistan pada 19 September. – AP

    UNICEF berkata lebih 3.4 juta kanak-kanak tiada tempat tinggal dan banjir telah meragut nyawa lebih 550 kanak-kanak di seluruh Pakistan.

    “Tanpa sokongan yang banyak, kami bimbang ramai lagi kanak-kanak akan kehilangan nyawa mereka,” kata UNICEF dalam satu kenyataan.

    Di Sindh, banyak jalan dan jambatan telah dihanyutkan atau rosak teruk manakala ribuan keluarga terputus hubungan dan sangat memerlukan sokongan.

    “Ramai keluarga tidak mempunyai makanan, air selamat atau ubat-ubatan,” kata agensi itu.

    UNICEF telah menubuhkan 71 kem kesihatan bergerak dan sekolah sementara untuk kanak-kanak di kawasan yang dilanda banjir.

    Tetapi rayuan AS$39 juta masih kurang daripada satu pertiga yang dibiayai, tambah UNICEF. Jumlah itu adalah sebahagian daripada AS$160 juta rayuan kilat PBB untuk menyokong respons banjir Pakistan.

    Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif bertemu dengan pemimpin dunia di luar Perhimpunan Agung PBB, meminta lebih banyak bantuan daripada masyarakat antarabangsa untuk menangani banjir pecah rekod itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...