Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: Warga emas maut dalam kenderaan

    KOTA KINABALU, 30 Ogos – Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai terperangkap di dalam kenderaan dihanyutkan arus banjir di Kampung Lingkungan, dekat Beaufort, kira-kira 97 kilometer dari sini, malam tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang Rastam Keladi berkata mangsa dikenali sebagai Naidi @ Nadzrose Gaimain, 63, dipercayai terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya. Rastam berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul11.30 malam dan tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

    “Anggota Bomba yang bertugas mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu dan mangsa didapati telah meninggal dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda