SYDNEY, 7 Nov – Bank pusat Australia mengekal kadar faedah pada tahap rendah hari ini selepas isyarat bercampur daripada ekonomi domestik dalam beberapa minggu ini.
Bank Simpanan mengurangkan kadar sebanyak 300 mata asas sejak November 2011 kepada 1.50 peratus, tetapi telah menangguh mereka sejak Ogos tahun lalu. Pertumbuhan gaji yang lembap dan indeks harga pengguna yang lemah terus menjadi isu yang menghalang bank daripada menaikkan kadar.
“Tahap rendah kadar faedah terus menyokong ekonomi Australia,” kata gabernor Bank Simpanan Philip Lowe.
“Mengambil kira maklumat yang ada, lembaga memutuskan mengekal dasar mata wang tanpa perubahan pada mesyuarat ini adalah konsisten dengan pertumbuhan mampan dalam ekonomi dan mencapai sasaran inflasi pada masa akan datang.”
Lembaga bertemu selepas data bercanggahan keluar dalam beberapa minggu ini.
Dari perspektif positif, ekonomi global dan prospek infrastruktur masih positif sementara pertumbuhan harga rumah yang berleluasa telah menjadi lembap sejajar dengan”pinjaman lembut.”
Kadar pengangguran juga telah merosot kepada 5.5 peratus. – AFP