Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Bank Baiduri akan mengadakan jerayawara Level up with Baiduri selama tiga hari bermula esok di The Mall, Gadong, untuk memperkasakan pelanggan, meningkatkan pengetahuan kewangan dan menyediakan pelanggan dengan pelbagai tawaran dan promosi menarik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Baiduri, jerayawara itu direka untuk melibatkan dan mendidik individu tentang pelbagai aspek kesejahteraan kewangan, termasuk pengurusan kewangan peribadi, peluang pelaburan dan penyelesaian perbankan digital.
Acara tersebut akan menampilkan permainan dan aktiviti menarik untuk mereka yang hadir daripada semua peringkat umur dan perancang kewangan akan bersedia untuk menjawab soalan serta memberikan nasihat peribadi yang disesuaikan dengan matlamat kewangan setiap individu.
Terdapat juga promosi dan tawaran eksklusif untuk pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan semasa acara tersebut.
Seramai 50 orang pelanggan baharu pertama yang berjaya mendaftar untuk mana-mana kad kredit Baiduri akan menerima 3,000 Royal Skies Miles untuk Kad Visa Royal Brunei dan 5,000 Royal Skies Miles untuk Kad Kredit Baiduri yang lain.

Di samping itu, 50 pelanggan sedia ada dan baharu yang berjaya mendaftar untuk pemindahan baki kad kredit akan menerima 2,000 Royal Skies Miles untuk Kad Visa Royal Brunei dan 1,000 Royal Skies Miles untuk Kad Kredit Baiduri yang lain.
Pelanggan yang berjaya mendaftar untuk Kad Visa Royal Brunei akan berpeluang menyertai cabutan bertuah. Dua pemegang kad akan menerima baucar perjalanan bernilai $100.
Selain itu, pemohon kad kredit atau debit Baiduri yang berjaya boleh menikmati pengecualian yuran tahunan selama dua tahun; dan pengecualian yuran tahunan empat tahun untuk mana-mana Kad Visa Royal Brunei.
Pelanggan yang mengambil bahagian dalam perundingan perancangan persaraan dengan mana-mana perancang kewangan semasa jerayawara itu akan menerima baucar kopi, serta cabutan segera untuk setiap pendaftaran polisi insurans hayat.
Anak syarikat bank, Baiduri Capital, juga menawarkan hadiah eksklusif untuk langganan Unit Amanah baharu, sementara stok masih ada.
Pelanggan juga boleh merujuk dan mendaftar untuk Pinjaman PKS atau PMKS untuk perniagaan mereka. Selain itu, mereka boleh mendaftar sebagai ahli Hab Perusahaan.
Pelanggan boleh mendapat pulangan tunai $30 apabila mereka merujuk pelanggan baharu kepada produk terpilih daripada Bank Baiduri.
Jerayawara itu akan menampilkan aktiviti menarik termasuk Nintendo Switch – cabaran Taiko no Tatsujin Drum ‘n’ Fun, cabaran irama Beat Sabre VR, cabaran Rubik’s Cube dan kuiz Kahoot. Semua itu bertujuan untuk menyediakan peserta pengalaman yang menyeronokkan dan menarik.

