Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Bank Baiduri bekerjasama dengan Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) selaku rakan kongsi strategik telah mengadakan inisiatif tahunannya, Let’s Give Back This Ramadan Ke-8.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, di sini, menyatakan bahawa setiap tahun, keluarga-keluarga kurang bernasib baik daripada keempat-empat daerah akan dikenal pasti oleh rakan kongsi strategik bank berkenaan, di mana mereka akan dibawa untuk membeli-belah bagi barangan keperluan rumah sebagai persediaan bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pasar raya tempata serta kemudian dibawa untuk menikmati iftar.
Inisiatif tahun ini akan menyokong seramai 100 ahli MKOKU dan keluarga mereka di mana ia bermula dengan 28 ahli daripada Daerah Brunei-Muara dan Daerah Temburong membeli-belah di Hua Ho Onecity dan Soon Lee Megamart Lambak, kelmarin.
Hadir semasa acara berkebajikan berkenaan ialah jawatankuasa pengurusan Bank Baiduri iaitu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bendahari Kumpulan dan Perbankan Institusi, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha dan Ketua Perbankan Institusi, Awangku Nor Muhammad Nizam bin Pengiran Haji Tengah.
Pengiran Azaleen dipetik menyatakan bahawa Bulan Ramadan merupakan tempoh bagi refleksi dan penambahbaikan diri di mana ia menawarkan kita dengan peluang unik untuk menyokong masyarakat serta mereka yang memerlukan bantuan, iaitu mengukuhkan lagi nilai-nilai keprihatinan dan amal kebajikan.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.

