Wednesday, November 20, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank Baiduri dan RB lancar promosi baharu

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Bank Baiduri dengan kerjasama Visa dan Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah melancarkan promosi baharu bertajuk, Unlock Rewards with the Ultimate Travel Card untuk menawarkan pemegang kad peluang memenangi tiket penerbangan, gajet dan Royal Skies Miles menerusi cabutan bulanan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, di sini, hari ini, tawaran berkenaan adalah eksklusif bagi pemegang kad Visa RB dengan keseluruhan 30 pemenang setiap bulan.

    Sepanjang tempoh promosi dari awal September hingga akhir Oktober, pemegang kad yang layak akan mendapat satu penyertaan bagi setiap perbelanjaan dengan jumlah ditetapkan dalam negara atau dalam talian dalam satu transaksi.

    Mereka akan menerima tiga penyertaan bagi jumlah sama yang dibelanjakan di luar negara.

    Penyertaan tersebut membolehkan pemegang kad memenangi satu daripada lima hadiah bulanan iaitu tiket penerbangan kelas ekonomi ke Jakarta, Bangkok atau Singapura bersama dengan Bose SoundLink Flex Bluetooth Speaker (enam pemenang), tiket penerbangan kelas ekonomi ke Manila, Hong Kong atau Vietnam (enam pemenang), bagasi perjalanan Samsonite 24 inci dan Apple AirTag (enam pemenang), fon kepala Bose (enam pemenang) dan 30,000 Royal Skies Miles (enam pemenang).

    Selain itu, pemohon baharu yang berjaya mendaftar bagi kad kredit RB Visa Infinite dan kad kredit RB Visa Platinum akan menerima pengecualian yuran tahunan selama empat tahun dan 3,000 Royal Skies Miles.

    Manakala mereka yang berjaya mendaftar bagi pemindahan baki kad kredit akan menerima 1,000 Royal Skies Miles tambahan.

    Sementara itu, pemohon baharu bagi kad debit RB Visa Platinum juga akan menerima pengecualian yuran tahunan empat tahun.

    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna, Manuel Bulens berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Visa dan RB untuk memberikan ganjaran kepada pemegang kad baharu dan sedia ada dengan tawaran menarik serta mengembangkan perbelanjaan mereka ke atas keperluan asas dengan hadiah yang lebih besar, pengalaman perjalanan yang lebih baik dan bonus pendaftaran.

    GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda