Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank Baiduri lancar Promosi Deposit Tetap USD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Dalam usaha bagi menyediakan pelbagai pilihan pelaburan dan menggalakkan kepelbagaian portfolio untuk pelanggannya, Bank Baiduri, baru-baru ini, telah melancarkan Promosi Deposit Tetap Dolar AS (USD)

    Promosi berkenaan bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 30 Disember 2017.

    Menurut kenyataan bank berkenaan, di sini, semasa tempoh promosi tersebut, para pelanggan yang mendaftar untuk Deposit Tetap USD akan menikmati kadar faedah yang menarik sehingga 1.40 peratus setahun.

    Di samping itu, Deposit Tetap USD juga menawarkan fleksibiliti di mana pelanggan boleh memilih tempoh satu, tiga, enam, sembilan atau 12 bulan bergantung kepada keperluan mereka. Untuk meraih manfaat daripada tawaran ini, para pelanggan sama ada individu atau syarikat hanya perlu membuka akaun Deposit Tetap USD dan meletakkan dana sekurang-kurangnya AS$5000.

    Mengulas mengenai tawaran itu, Ketua Pengurusan Harta Bank Baiduri, Peng Eng Soon, berkata, “Tawaran ini bukan sahaja datang dengan kadar faedah yang menarik, tetapi juga cukup tepat untuk pelanggan bagi memiliki kelebihan Dolar Amerika Syarikat (AS), atau ingin memanfaatkan trend pasaran semasa dengan kadar pertukaran Dolar AS.”

    Bank Baiduri menawarkan pelbagai produk kewangan dan pilihan pelaburan untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan mereka. Di samping itu, bank berkenaan juga menganjurkan seminar pelaburan yang menampilkan pakar dan penganalisis kewangan dari rantau ini untuk mendidik pelanggan mereka mengenai topik daripada strategi pelaburan untuk memasarkan prospek.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda