Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Bank Baiduri melancarkan produk terbaharunya, Baiduri Tap2Pay, penyelesaian berdaya Komunikasi Medan Dekat atau Near Field Communication (NFC) yang akan memperkasakan pedagang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pembayaran tanpa sentuh.
Pelancaran tersebut menyokong peralihan Brunei kepada ekonomi yang lebih inklusif dan maju secara digital.
Baiduri Tap2Pay ialah penyelesaian pertama seumpamanya di Brunei, mengubah peranti mudah alih yang didayakan NFC pedagang kepada terminal POS yang mampu menerima pembayaran tanpa sentuh tanpa memerlukan perkakasan pembayaran tradisional. Ini memastikan kedua-dua bank dan peniaganya kekal berdaya saing dan bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang dalam landskap pembayaran digital yang pantas hari ini.
Baiduri Tap2Pay mematuhi sepenuhnya Piawaian Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCI DSS), bermakna penyelesaian itu telah menjalani penilaian keselamatan yang ketat dan memenuhi piawaian keselamatan perisian antarabangsa. Ia menjamin bahawa kedua-dua peniaga dan pengguna di Brunei mendapat manfaat daripada tahap keselamatan tertinggi, menawarkan ketenangan fikiran dengan setiap transaksi.
Baiduri Tap2Pay menandakan satu lagi kejayaan dalam pelaburan bank ke dalam saluran digital, sejajar dengan arahan nasional untuk mengubah Brunei menjadi sebuah negara pintar.
