Tuesday, February 11, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank Baiduri sedia beri khidmat nasihat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Bertemakan Dare to Innovate: Growth and Resilience through Innovation, Bank Baiduri akan menyertai Festival Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Brunei ke-2 yang akan berlangsung di Dewan BRIDEX, Jerudong bermula esok hingga 19 Mac depan.

    Menurut Bank Baiduri, sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, mereka komited untuk menyokong dan memupuk perniagaan kecil di negara ini di mana festival itu menawarkan platform yang sangat baik untuk mereka mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang direka untuk memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

    Sehubungan itu, dalam usahanya untuk mengembangkan dan membangunkan PKS tempatan sebagai sebahagian daripada misinya bagi melibatkan diri dengan komuniti perniagaan, Baiduri berhasrat untuk mendidik PKS mengenai pelbagai pilihan pembiayaan yang tersedia bagi mereka.

    Mereka juga boleh memanfaatkan pilihan berkenaan untuk mengembangkan perniagaan mereka, tambah bank itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.

    Pada festival itu, wakil bank berkenaan akan memberi panduan mengenai pelbagai sumber seperti Hab Perusahaan Baiduri, Akaun PMKS, perkhidmatan pembiayaan, terminal pembayaran kad Baiduri dan penyelesaian e-dagang seperti MerchantSuite (oleh Linkly)
    dan Perkhidmatan Gerbang Pembayaran Baiduri(BPGS).

    Festival berkenaan dijangka menarik sebilangan besar pempamer, usahawan dan pihak berkepentingan dalam ekosistem PMKS.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda