Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank Baiduri sertai Pameran Kerjaya UBD 2025

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Bank Baiduri akan menyertai Pameran Kerjaya Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2025, yang akan berlangsung di Dewan Canselor UBD bermula esok hingga 13 September.

    Acara tahunan itu menghimpunkan pelbagai industri, termasuk perkhidmatan kewangan, tenaga, pendidikan, komunikasi, makanan dan minuman serta agensi kerajaan. Ia berfungsi sebagai platform yang berharga untuk pencari kerja, menawarkan temu duga secara walk-in bagi jawatan sepenuh masa dan sambilan, termasuk peluang latihan penempatan.

    Penyertaan Bank Baiduri mencerminkan komitmennya untuk memupuk bakat tempatan dan menyokong pembangunan tenaga kerja Brunei. Dengan melibatkan diri secara langsung dengan bakal calon, bank tersebut berhasrat untuk berhubung dengan individu yang berkongsi visinya bagi memperkasakan kejayaan kewangan.

    Para pencari pekerjaan yang berminat untuk membina kerjaya dengan Bank Baiduri atau anak syarikatnya digalakkan untuk melawat petak bank berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kekosongan semasa dan komitmen bank terhadap pembangunan insan dan penglibatan pekerja.

    Selain itu, mereka juga digalakkan untuk menyediakan salinan digital CV, surat iringan, kad pengenalan dan sijil pendidikan tertinggi dalam format PDF, kerana permohonan hanya akan diterima melalui portal dalam talian bank tersebut. Untuk meneroka peluang kerjaya terkini dan memohon, layari www.baiduri.com.bn/about-us/careers/vacancies.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda