BEIJING, 16 Julai – Sebuah bank membuka operasinya pada Ahad di kawasan Zhongguancun, Beijing, yang akan menjana secara giat aktiviti keusahawanan, untuk menyokong syarikat-syarikat permulaan dan inovasi.
Bank Zhongguancun, yang mendapat kelulusan daripada pengawal perbankan China pada Disember lalu, telah ditaja bersama oleh 11 buah syarikat tersenarai di kawasan tersebut, serta mencatatkan modal sebanyak 4 bilion yuan (kira-kira AS$590 juta).
Syarikat peminjam itu secara amnya menyediakan sokongan kewangan kepada syarikat-syarikat saintifik dan teknologi bersaiz kecil dan mikro.
“Menyokong sains dan teknologi adalah ciri paling utama kami,” kata pengerusi bank berkenaan, Gua Hong semasa pembukaan bank tersebut.
Setiap tahun lebih 20,000 buah syarikat teknologi ditubuhkan di Zhongguancun. Lebih daripada 60 buah firma unikorn bernilai lebih AS$1 bilion muncul di kawasan ini sejak dua tahun lalu. – Xinhua