Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank Dunia digesa buat pembaharuan

    WASHINGTON, 12 APRIL – Bank Dunia harus mengambil langkah pembaharuan tambahan sepanjang tahun ini, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen berkata hari ini, selepas langkah awal untuk mengemas kini misinya dan meningkatkan kapasiti pembiayaannya.

    Pembaharuan bank itu didorong olehnya untuk menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim.

    “Misi bank itu kini menyerlahkan kepentingan rangkuman, kemampanan dan daya tahan terhadap kejutan global,” katanya sambil menggariskan pelbagai perubahan dalam perancangan.

    Tetapi beliau menegaskan bahawa matlamat sedemikian kekal saling berkait dengan kerja sedia ada Bank Dunia untuk mengurangkan kemiskinan dan pembangunan.

    “Pemegang saham juga bersetuju untuk melakukan pembaharuan yang boleh menambah sehingga AS$50 bilion dalam pembiayaan dalam tempoh 10 tahun akan datang, sambil melindungi penarafan kredit bank dan kemampanan kewangan jangka panjang,” tambahnya.

    “Namun, perlu ada usaha untuk kemajuan selanjutnya,” tambah Yellen.

    “Dan pemimpin global boleh memanfaatkan acara yang akan datang seperti Sidang Kemuncak Kumpulan 20 Pemimpin pada September untuk mengekalkan momentum yang kukuh,” katanya dalam temu bual dengan AFP menjelang mesyuarat Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa. – AFP

    Janet Yellen semasa Mesyuarat Musim Bunga tahunan Kumpulan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di ibu pejabat IMF pada 12 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda