Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Bank Dunia lulus AS$400 juta untuk nyahkarbon logistik

    KAHERAH, 4 OKT – Bank Dunia akan memperuntukkan pembiayaan berjumlah AS$400 juta agar Mesir dapat memajukan dan menyahkarbon sektor logistik dan pengangkutannya, lapor Xinhua.

    Institusi Kewangan itu akan “menyokong peralihan ke arah pengangkutan rendah karbon di sepanjang” koridor kereta api Alexandria-the 6th of October-Greater Cairo Area (GCA) Mesir yang kebanyakannya menyediakan perkhidmatan kereta api penumpang, menurut Bank Dunia menerusi kenyataan media di laman sesawangnya pada Isnin.

    Hampir 19 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau Mesir berpunca daripada sektor pengangkutan, menjadikan sektor itu sebagai penyumbang kedua selain sektor tenaga.

    Satu projek yang dilancarkan di bawah perjanjian pembiayaan, yang digelar Projek Pembangunan Logistik Perdagangan Alexandria, akan menyaksikan pembinaan pintasan kereta api pengangkut ke GCA yang penuh sesak, menurut kenyataan itu.

    Pintasan itu bertujuan menjalankan pengoperasian 15 kereta api kontena setiap hari menjelang 2030 antara Pelabuhan Laut Alexandria dan pelabuhan darat yang baharu dibina. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...