Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Bank Dunia: Pemulihan ekonomi lembap di Asia

    BANGKOK, 31 MAC – Ekonomi membangun di Asia kebanyakannya telah kembali pulih tetapi melihat pemulihan terbantut ketika produktiviti menurun, kata Bank Dunia dalam satu laporan yang disiarkan hari ini.

    Laporan itu meramalkan pertumbuhan di rantau termasuk China akan meningkat pada tahun ini selepas ekonomi nombor dua dunia itu melonggarkan sekatan pandemik ke atas perjalanan dan aktiviti lain. Namun pemulihan di tempat lain di rantau, kecuali China, akan menjadi sederhana ketika tekanan inflasi dan hutang keluarga yang meningkat menjejas perbelanjaan pengguna, katanya.

    Di seluruh Asia Pasifik, ekonomi dijangka bertumbuh pada kadar tahunan 5.1 peratus tahun ini, meningkat daripada 3.5 peratus pada 2022, menurut laporan. Namun tidak termasuk China, pertumbuhan dijangka merosot kepada 4.9 peratus pada 2023 selepas pemulihan daripada pandemik sebanyak 5.8 peratus pada 2022, katanya.

    Ekonomi Asia lain seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam akan melihat pemulihan mereka menjadi perlahan dan sementara itu berdepan risiko daripada pertumbuhan global yang lemah, kesan daripada perang di Ukraine dan krisis perubahan iklim.

    Permintaan untuk eksport dari rantau itu telah menjadi perlahan ketika Rizab Persekutuan dan bank pusat lain menyasarkan inflasi dengan menaikkan kadar faedah, menjadikannya lebih mahal membeli menggunakan kredit atau mendapatkan gadai janji. – AP

    Pembeli-belah mengunjungi jalan runcit popular di Beijing pada 26 Februari 2022. Ekonomi membangun di Asia melihat pemulihan mereka terbantut ketika produktiviti menurun, kata Bank Dunia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...