ADDIS ABABA, 27 Dis – Mesir berkata semalam Bank Dunia harus dibawa masuk untuk menyelesaikan ketegangan dengan Habsyah berhubung empangan di Sungai Nil yang dikatakan oleh Mesir mengancam keselamatan airnya.
Menteri Luar Sameh Shoukry bercakap di Addis Ababa selepas mengalami kebuntuan selama 10 bulan mengenai rundingan teknikal untuk empangan, yang akan menjadi loji hidroelektrik terbesar di Afrika. Rundingan itu juga melibatkan Sudan.
“Mesir telah mengakui kepentingan kemajuan ekonomi untuk Habsyah, namun sains harus menjadi faktor penentu bagaimana kita menyelesaikan isu penting ini,” kata Shoukry.
Beliau menganggap Bank Dunia ‘neutral dan tegas’ dan berkata ia mungkin memudahkan rundingan ‘tanpa campur tangan dan manipulasi politik.’
Habsyah menegaskan bahawa pembinaan Empangan Rena Renaissance tidak akan mengurangkan bahagian sungai yang dikongsi bersama Mesir. Ia mene- gaskan empangan diperlukan untuk pembangunan, berkata 60 juta rakyat tidak mempunyai bekalan elektrik.
Menteri Luar Workneh Gebeyehu berkata Habsyah akan menilai cadangan baru Mesir dan “empangan ini tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif.” Projek itu kini sudah siap 63 peratus.
Mesyuarat semalam diadakan tatkala pemimpin Habsyah dijangka melawat Mesir pada bulan depan untuk bertemu dengan ahli parlimen. Sementara Habsyah berkata empangan merupakan “soal hidup atau mati” untuk rakyatnya, Mesir turut berkata air merupakan “soal hidup atau mati” untuk negaranya. – AP