Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Bank Dunia sumbang AS$2 bilion untuk Pakistan

    ISLAMABAD, 25 SEPT – Bank Dunia berkata ia akan menyumbangkan bantuan sekitar AS$2 bilion kepada Pakistan, yang dilanda banjir hingga lebih 1,600 orang terkorban tahun ini, jaminan bantuan terbesar setakat ini.

    Hujan monsun dan banjir tahun ini – yang ramai pakar mengaitkannya dengan perubahan iklim – juga mencederakan kira-kira 13,000 orang di seluruh negara itu sejak pertengahan Jun.

    Banjir telah menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal selain memusnahkan tanaman, setengah juta rumah dan ribuan kilometer jalan raya turut terjejas.

    Naib presiden Bank Dunia bagi Asia Selatan, Martin Raiser, mengumumkan jaminan itu dalam satu kenyataan semalaman selepas menamatkan lawatan rasmi pertamanya ke negara itu, kelmarin.

    “Kami amat sedih dengan kehilangan nyawa dan mata pencarian akibat banjir yang melanda dan kami bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dan wilayah untuk memberikan bantuan segera kepada mereka yang paling terjejas,” katanya.

    Raiser bertemu dengan menteri persekutuan dan ketua menteri wilayah Sindh selatan, wilayah paling terjejas, di mana beliau melawat daerah Dadu yang musnah teruk.

    Ribuan buah kem perubatan sementara untuk mangsa banjir telah didirikan di wilayah itu, di mana Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara berkata wabak kepialu, malaria dan demam denggi telah membunuh sekitar 300 orang. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...