Monday, July 14, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank Dunia tarik balik larangan pembiayaan tenaga nuklear

    WASHINGTON, 12 JUN – Bank Dunia kini kembali melibatkan diri dalam sektor tenaga nuklear “buat pertama kali dalam beberapa dekad,” menurut Presidennya, Ajay Banga, kelmarin, sebagai sebahagian daripada usaha memenuhi permintaan elektrik yang kian meningkat di negara-negara membangun.

    Dalam e-mel kepada kakitangan, Banga menjelaskan bahawa Bank Dunia akan bekerjasama rapat dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, bagi ‘mempertingkat keupayaan kami untuk memberi nasihat berkenaan kawalan penyebaran senjata nuklear’ dan rangka kerja kawal selia.

    Keputusan itu dibuat berikutan jangkaan bahawa permintaan tenaga elektrik di negara-negara membangun akan lebih daripada dua kali ganda menjelang tahun 2035, kata Banga dalam memo yang dilihat AFP.

    Bagi memenuhi keperluan itu, pelaburan tahunan dalam penjanaan tenaga, rangkaian dan penyimpanan tenaga perlu meningkat daripada AS$280 bilion ketika ini kepada sekitar AS$630 bilion.

    “Kami akan menyokong usaha melanjutkan hayat reaktor nuklear sedia ada di negara-negara yang sudah memilikinya, serta membantu menaik taraf grid dan infrastruktur berkaitan,” katanya lagi. – AFP

    Ajay Banga pada Mesyuarat Musim Bunga 2025 Kumpulan Bank Dunia (WBG) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington pada 22 April lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda