Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank HDFC India, syarikat induk bergabung

    MUMBAI, 4 APRIL – Bank swasta terbesar India akan bergabung dengan pemberi pinjaman gadai janji terbesarnya untuk membentuk sebuah syarikat kewangan bernilai AS$237 bilion, kata kedua-dua syarikat itu hari ini, ketika kadar faedah rendah mencetuskan permintaan bagi pinjaman rumah meningkat.

    Bank HDFC akan bergabung dengan syarikat induknya, Pertubuhan Pembangunan Kewangan Perumahan (HDFC), dalam apa yang akan menjadi perjanjian gabungan terbesar negara itu.

    Kedua-dua firma itu bersama menguruskan aset bernilai 25.61 trilion rupee (AS$339 bilion) dan mempunyai gabungan kunci kira-kira sebanyak 17,87 trilion rupee pada hujung tahun lalu.

    “Ketika anak lelaki sudah dewasa, dia akan mewarisi perniagaan ayahnya. Itulah yang berlaku di sini,” kata pengerusi HDFC, Deepak Parekh memberitahu taklimat media.

    Menurutnya gabungan itu akan membantu pembeli rumah berpendapatan rendah dan pertengahan di luar bandar-bandar India dapat mengakses pinjaman perumahan ‘yang mampu dimiliki’.

    India menikmati lonjakan ekonomi selepas pandemik dan berkembang pantas daripada mana-mana ekonomi besar lainnya. – AFP

    (Kiri-kanan), CEO HDFC, Sasidharan Jagdishan, Pengerusi HDFC, Deepak Parekh, Pengerusi Bank HDFC, Atanu Chakraborty dan naib pengerusi dan CEO HDFC, Keki Mistry semasa taklimat media di Mumbai pada 4 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda