Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank Indonesia naik kadar faedah lawan inflasi

    JAKARTA, 23 DIS – Bank pusat Indonesia menaikkan kadar faedah utamanya hari ini, pada kadar lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya, berikutan pengurangan kadar inflasi di negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

    Bank Indonesia menaikkan kadar dasar sebanyak 0.25 mata asas kepada 5.50 peratus daripada 5.25 peratus, sejajar dengan jangkaan penganalisis.

    Kenaikan terbaharu itu bermakna Bank Indonesia meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 200 mata asas tahun ini, menyertai bank pusat lain di seluruh dunia dalam mengetatkan kewangan untuk melawan inflasi yang melambung tinggi.

    Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo berkata kenaikan kadar faedah dilaksanakan bagi memastikan inflasi dan jangkaan di sekelilingnya terus menurun.

    Kadar inflasi dicatatkan pada 5.45 peratus bagi tempoh tahun ke tahun pada November lalu, lebih rendah daripada jangkaan bank pusat itu sebelum ini.

    Warjiyo berkata, Bank Indonesia akan terus menentu ukur dasar kewangan tahun depan untuk memastikan kestabilan ekonomi dalam jangkaan kemerosotan ekonomi global pada 2023.

    Ketua bank pusat itu berkata ekonomi Indonesia masih berada pada kedudukan yang baik berikutan permintaan domestik dan eksport komoditi yang kukuh, manakala beberapa sektor ekonomi termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit juga menunjukkan pertumbuhan yang kukuh.

    “Dengan perkembangan sedemikian, pertumbuhan ekonomi 2022 dijangka kekal meningkat antara 4.5 peratus dan 5.3 peratus,” katanya. – AFP

    Seorang penjual menunggu pelanggan di sebuah pasar di Denpasar, Bali. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda