Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bank Islam sasar tambah aset Syariah-ESG RM4b

    KUALA LUMPUR, 30 OKT – Bank Islam Malaysia BHD menyasar untuk menggandakan asset Syariah alam sekitar, social dan tadbir urusnya (ESG) kepada RM4 bilion menjelang akhir 2025 daripada RM2.62 bilion yang direkodkan pada Jun 2022.

    Nilai pada Jun itu merupakan peningkatan sebanyak 16.4 peratus berbanding RM2.25 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas, kata Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini sempena pelancaran Rangka Keja Pengurusan Risiko ESG.

    Pembangunan rangka kerja itu telah bermula pada suku ketiga 2021 dengan tujuan untuk memperkenalkan langkah pengurusan ESG dan risiko iklim yang bersesuaian serta meningkatkan pengawasan lembaga pengarah bank tersebut dalam perkara-perkara yang melibatkan ESG dan iklim.

    “Bank Islam akan menerapkan pertimbangan risiko ESG dalam proses penilaian kreditnya dan menggunakan ujian tekanan risiko iklim untuk meningkatkan kemampuan bank dalam menangani impak perubahan iklim kepada bank dan pelanggannya,” katanya.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Muazzam berkata dalam memenuhi aspirasi kumpulan untuk menjadi penyedia kemudahan pembiayaan Islam terulung di Malaysia, bank itu melaksanakan langkah-langkah untuk mempertimbangkan profil risiko ESG pelanggan sebagai permulaan proses pembiayaan.

    “Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan pelanggan, sejajar dengan usaha utama pengawal sedia di peringkat global dan tempatan dalam membina sebuah sistem kewangan yang kukuh,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...