TOKYO, 27 April – Bank Jepun (BoJ) hari ini membuang rujukan kepada rangka masa untuk mencapai sasaran inflasi lamanya, tatkala ia bergelut untuk mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Bank pusat telah berjanji akan mencapai angka 2.0 peratus pada tahun fiskal sehingga Mac 2020, setelah mengubah tarikh akhir selama enam kali sejak gabernor Haruhiko Kuroda berkuasa pada 2013.
Namun sebutan tarikh akhir digugurkan daripada laporan prospek pertama sejak Kuroda memulakan penggal keduanya pada awal bulan ini. Beliau dijangka bercakap pada lewat hari ini, kemungkinan memberikan penjelasan tentang sebab-sebab rangka masa digugurkan.
BoJ juga berkata ia sedang mengekal dasar mata wang, meneruskan pembelian bon kerajaan 10-tahun supaya kadar faedah jangka panjang akan kekal ‘pada kira-kira sifar peratus.’
“Walaupun kadar kenaikan dalam CPI telahpun meningkat secara beransur-ansur, ia masih menunjukkan perkembangan lemah berbanding dengan perkembangan ekonomi dan kawalan pasaran pekerja,” kata BoJ dalam laporan.
Kuroda menjadi gabernor pada Mac 2013 dengan lesen untuk melaksanakan apa yang digelarnya ‘bazooka’ mata wang untuk memulihkan ekonomi lembap.
Beliau telah menyelia dasar pelonggaran mata wang ultra-agresif, diluluskan pada Januari 2016 dan kadar faedah negatif BoJ yang pertama, mewajibkan pemberi pinjaman menyimpan wang mereka di bank pusat.
Bagaimanapun, Kuroda telah gagal dalam misinya untuk mencapai matlamat inflasi sebanyak dua peratus, sementara memberi petunjuk beliau tidak merancang untuk menggugurkan dasar tersebut, meskipun bergerak dalam hala tuju berkenaan dalam ekonomi utama lain. – AFP