Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank Korea tingkat kadar faedah

    SEOUL, Korea Selatan, 30 Nov – Bank pusat Korea Selatan telah menambahkan kadar faedah daripada tahap rendah semalam dalam pertambahan pertama sejak Jun 2011. Meskipun menerima ancaman daripada Korea Utara, eksport yang memberangsangkan telah menjana pertumbuhan yang lebih pesat daripada yang dijangka di ekonomi keempat terbesar di Asia.

    Bersidang sehari selepas pelancaran ujian peluru berpandu Korea Utara yang paling kuat, tujuh penggubal dasar Bank Korea telah memutuskan untuk menambah kadar utama sebanyak satu perempat daripada mata peratusan kepada 1.50 peratus. Kadar pinjaman telah merosot dalam tempoh lima tahun lalu untuk membantu melindungi pemulihan negara, yang merosot kepada tahap rendah 1.25 peratus pada Jun 2016.

    Keputusan hari ini dijangkakan selepas pertumbuhan ekonomi suku ketiga mengatasi jangkaan. Mata wang Korea Selatan won telah meningkat berbanding mata wang utama dalam tempoh sebulan lalu sebagai jangkaan kepada kenaikan kadar, yang akan menambah hasil pulangan pelabur.

    Ekonomi Korea Selatan dijangka mencatatkan pertumbuhan paling pesat dalam tiga tahun pada 2017, didorong oleh eksport kukuh disebabkan permintaan global yang memberangsangkan terhadap cip memori. – AP

    Seorang lelaki dilihat melalui tanda syarikat Bank Korea di Seoul, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda