Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank pusat Afghanistan akan melelong lebih AS$16 juta

    KABUL, 5 FEB – Bank pusat Afghanistan Da Afghanistan Bank (DAB) akan melelong AS$16 juta hari ini untuk menstabilkan kadar pertukaran mata wang negara, kata kenyataan bank tersebut.

    Mata wang negara Afghanistan, afghani, merosot berbanding mata wang asing, terutamanya dolar AS. Kadar pertukaran satu dolar AS meningkat daripada 88 afghani minggu lalu kepada 89.50 Afghanistan pada masa ini.

    Dalam pada itu, DAB telah menyuntik berjuta-juta dolar AS ke dalam pasaran pertukaran wang negara itu sejak sebulan lalu dalam usaha menghalang kemerosotan afghani berbanding mata wang asing.

    DAB juga telah melelong sehingga AS16 juta minggu lalu.

    Afghanistan telah menerima hampir AS2 bilion dalam bentuk tunai sepanjang tahun lalu sebagai sebahagian daripada bantuan kemanusiaan masyarakat antarabangsa untuk menstabilkan ekonomi negara yang dilanda perang itu. Enditem. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda