Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Bank pusat hadapi cabaran turunkan inflasi

    ANKARA, 11 NOV – Menurunkan inflasi merupakan cabaran terbesar dan segera yang dihadapi oleh bank-bank pusat dalam ekonomi pasaran maju dan sedang pesat membangun, menurut pengarah urusan IMF Kristalina Georgieva pada Khamis.

    “Kita melihat bank pusat mengetatkan dasar monetari untuk memulihkan kestabilan harga.

    Walaupun secara umumnya terdapat persetujuan dalam kalangan bank pusat bahawa dasar monetari harus kekal di landasan, cabaran yang berkaitan dengan cara mengurus kitaran pengetatan monetari tetap terbuka,” lapor Agensi Anadolu memetik Georgieva pada Persidangan Penyelidikan Tahunan Jacques Polak ke-23 di Washington, D.C.

    Bagi menurunkan rekod inflasi yang meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih 40 tahun di sesetengah negara, bank pusat ekonomi utama telah memulakan kitaran pengetatan monetari secara agresif.

    Walaupun berlaku pengetatan monetari yang agresif, inflasi pengguna tahunan di AS meningkat 7.7 peratus pada Oktober manakala inflasi di UK melonjak 10.1 peratus pada September.

    “Inflasi berada pada paras tertinggi, kenaikan harga makanan dan tenaga, gangguan rantaian bekalan yang berterusan dan pendedahan kepada hutang yang semakin meningkat. Kedudukan kewangan semakin ketat manakala aliran modal dan turun naik kadar pertukaran asing turut meningkat secara mendadak.

    “Ini sangat membimbangkan bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana yang berhadapan dengan semua cabaran ini dan ditambah pula dengan kekangan pembiayaan dan akses terhad kepada pasaran,” kata Georgieva. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan pelanggan membayar wang tunai di sebuah gerai pasar di Sao Paulo, Brazil pada 25 Ogos 2022. Menurunkan inflasi merupakan cabaran terbesar dihadapi oleh bank-bank pusat dalam ekonomi pasaran maju dan sedang pesat membangun.- AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...