Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank pusat Indonesia turunkan kadar faedah

    JAKARTA, 20 FEB – Bank pusat Indonesia menurunkan kadar faedah dan mengurangkan ramalan pertumbuhan ekonominya hari ini tatkala koronavirus baharu membelenggu sektor pelancongan dan penerbangan negara.

    Seperti kebanyakan negara, Indonesia telah menghentikan semua penerbangan ke China dalam respons terhadap wabak, yang telah membunuh lebih daripada 2,100 orang dan menjangkiti lebih daripada 74,000 yang lain.

    Sementara Indonesia tidak mempunyai kes virus yang disahkan, ia bimbang mengenai kesan epidemik ke atas ekonomi dan perdagangannya.

    Bank Indonesia mengurangkan kadar pinjaman sebanyak 25 mata asas kepada 4.75 peratus – pengurangan pertama sejak Oktober.

    Ia juga mengurangkan ramalan pertumbuhan ekonominya untuk tahun ini kepada 5-5.4 peratus, berbanding dengan anggaran sebelumnya sebanyak 5.1 hingga 5.5 peratus. – AFP

    Seorang penjaja snek mengira wang kertas Indonesia yang diperoleh di gerainya di Jakarta kelmarin. Bank pusat memotong kadar faedah untuk kali pertama pada tahun ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda