Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bank pusat Pakistan nafi kehabisan dolar AS

    NEW DELHI, 22 JUN – Bank pusat Pakistan memaklumkan pihaknya masih membuat pembayaran untuk import dan tidak kehabisan pertukaran asing.

    “Adalah dijelaskan bahawa sehingga 10 Jun 2022, rizab asing cair Bank Negara Pakistan (SBP) berjumlah AS$8.99 bilion. Ini tidak termasuk rizab emas, dan boleh digunakan sepenuhnya untuk semua tujuan,” ciap SBP di Twitter kelmarin.

    Ia menafikan khabar angin bahawa rizab mata wang asingnya sudah habis atau tidak boleh digunakan dan telah berhenti membuat pembayaran untuk import.

    “Sekali lagi dijelaskan bahawa SBP tidak menghentikan pembayaran import dan bank perdagangan mempunyai kecairan (dolar AS) yang mencukupi untuk melaksanakan pembayaran itu. Malah, pembayaran import sekitar AS$4.7 bilion telah dilaksanakan melalui pasaran antara bank pada bulan itu setakat ini,” menurut SBP.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...