Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank runcit HSBC, Perancis dijual kepada dana ekuiti AS

    PARIS, 1 JAN – Selepas lebih dua tahun, HSBC hari ini telah memindahkan rangkaian perbankan runcitnya di Perancis ke My Money Group, yang dikawal oleh dana ekuiti persendirian Amerika Syarikat (AS), Cerberus dengan jumlah yang tidak didedahkan.

    Operasi itu akan menyaksikan hampir 250 cawangan runcit HSBC di Perancis dengan 800,000 pelanggan dan 3,500 kakitangan mereka yang kini menjadi bahagian daripada CCF, sebuah jenama yang telah ditamatkan HSBC apabila ia mula beroperasi di Perancis kira-kira dua dekad lalu.

    Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha HSBC yang berpangkalan di London bagi memudahkan dan memfokuskan semula operasi di rantau utamanya di Asia.

    Ketika mengumumkan jualan yang dirancang pada Jun 2021, HSBC berkata pemindahan untuk nominal satu euro akan menyebabkan ia dikenakan caj yang besar.

    Bagaimanapun kenaikan kadar faedah global merumitkan rundingan, dengan HSBC akhirnya mencatatkan kos sebanyak AS$2.4 bilion terhadap suku ketiga 2022 ke atas unit Perancis tersebut.

    Syarat perjanjian akhir tidak didedahkan.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kumpulan itu berkata CCF akan berusaha untuk memenuhi keperluan profesional.

    My Money Group mempunyai sejarah panjang di Perancis sejak lebih daripada satu abad, di mana pada asalnya membantu orang ramai membiayai pembelian kereta Citroen mereka, kemudian menghabiskan dua dekad di bawah kawalan General Electric sebelum konglomerat AS menarik diri daripada aktiviti kewangan. Cerberus kemudiannya membeli kumpulan tersebut pada tahun 2018. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda